Me Myself & I

My photo
Shah Alam, Malaysia
Ain said : "If you don't live for something, you'll die for NOTHING!! Ohh yeah I do believe in karma" :D

Tuesday, April 5, 2011

Berkat anak Solehah :)

Ada sepasang suami isteri yang tinggal di Kota Madinah. Isterinya seorang yang solehah yang sangat taat kepada Allah S.W.T dan suaminya. Suaminya pula adalah seorang peniaga yang selalu keluar jauh membawa barang-barang dagangan. Berminggu-minggu baru ia pulang ke rumah.
Pada suatu hari, suaminya keluar lagi untuk berniaga. Dia berpesan kepada isterinya supaya menjaga diri dengan baik, jangan keluar rumah sehinggalah dia pulang. Segala keperluan harian disediakannya dengan secukupnya.


Isterinya yang taat ini sentiasa meredhai pemergian suaminya untuk berniaga. Dia sentiasa mendoakan agar suaminya selamat dalam segala urusan.
Rumah saudagar itu dua tingkat. Dia dan isterinya tinggal di tingkat atas. Manakala bapa mertuanya di tingkat bawah. Beberapa hari kemudian bapa mertuanya jatuh sakit. Isteri saudagar itu ingin sangat melihat bapanya setelah diberitahu oleh jirannya tetapi dia teringat pesanan suaminya supaya tidak keluar dari rumahnya itu semasa dia tiada di rumah.


Isteri saudagar itu sangat sedih apabila diberitahu oleh jirannya, bahawa sakit bapanya bertambah teruk. Dia meminta izin dari Rasulullah s.a.w untuk melihat bapanya itu. Rasulullah s.a.w berkata, "Taatilah pada suamimu." Hatinya tidak tertahan hendak melihat bapanya yang sedang sakit. Tetapi kerana mengingatkan pesanan suaminya, maka dia bersabar demi mendapatkan keredhaaan Allah S.W.T dan suaminya.


Keesokan harinya datang lagi jirannya memberitahu bahawa bapanya sudah kembali menghadapi llahi. Isteri saudagar itu hanya mampu mengucapkan "Innalillahi wainnailaihirajiun". Sekali lagi ia meminta izin Rasulullah s.a.w untuk melihat bapanya untuk kali yang terakhir, tetapi jawapan yang diterima daripada Rasulullah s.a.w iaitu, "Taatilah pada suamimu." Maka tinggallah ia di rumahnya sambil berdoa supaya roh bapanya itu ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Air mata si isteri mengalir tanpa dapat ditahan-tahan. Dia sangat sedih kerana tidak sempat menziarahi dan melihat wajah bapanya buat kali yang terakhir.


Namun begitu kerana takutkan seksa Allah S.W.T dia tetap taat kepada suaminya. Isteri saudagar itu hanya dapat melihat dari tingkap rumahnya jenazah bapanya diusung ke tanah perkuburan untuk disemadikan.
Pada keesokkan harinya, dia diberitahu oleh Rasulultah s.a.w bahawa bapanya bahagia di dalam kubur berkat kesabaran dan ketaatan anaknya pada suaminya. Isteri saudagar itu merasa sungguh gembira dengan berita yang diterima daripada Rasulullah s.a.w itu.